Thursday, July 23, 2009

DUGAAN HIDUP.

Hidup ini penuh dengan dugaan.kata orang selagi banyak dugaan yang kita terima dariNya bererti semakin Dia sayangkan kita.Dan semalam sekali lagi suamiku mengingatkan aku tentang itu.Ya, aku mengerti apa yang cuba disampaikan olih suamiku itu.Dia cuma mahu aku bersabar dengan dugaan demi dugaan yang diterima.Tapi sampai bila aku harus dan tetap bersabar dengan dugaan yang satu ini?

Kira2 sepuluh tahun yang lepas aku bahagia sangat dapat pindah kerumah baru kami yang jauh lebeh selesa dari rumah lama kami.Mendapat jiran berbangsa Cina disebelah kiri dan jiran berbangsa India disebelah kanan cukup membahagiakan aku.bahagia maksud aku ialah kerana kedua2nya orang yang berpelajaran dan kedua2nya memang mengutamakan kebersihan dan kejiranan.Tapi kegembiraan aku tak sampai kemana.Jiran kanan ku yang bekerja sebagai seorang doktor terpaksa menjual rumahnya kerana berpindah keselatan tanah air.Maka masuk lah pembeli baru rumah itu yang sebangsa dan seagama dengan aku.Keluarga ini adalah peniaga pasar malam.Mula2 aku gembira juga kerana mendapat jiran sebangsa dan seagama ini.Tapi rupa2nya kegembiraan itu tak dapat bertahan lama dan disitu bermula lah dugaan demi dugaan buat kami.
Aku rasa tak perlu lah aku ceritakan satu persatu apa yang terjadi kepada kami.Cukup lah setakat aku luahkan rasa hati ku pada beberapa insiden yang terjadi.Setelah aku berhenti bekerja,tiap hari aku akan keluar pagi dan petang untuk tugas manghantar anak kesekolah.setelah selesai tugas2 tu aku akan kesurau untuk kelas al Quran dan ceramah2 ugama.Biasa la bagi orang2 yang dah tak kerja macam aku ni kan.Waktu yang ada hendak diisikan dengan bekalan untuk menempuh dunia yang satu lagi yang siapa pun pasti akan pergi kepadanya.rupa2nya ini menimbulkan tidak puas hati pada jiran aku. suatu hari dengan sinis dia bertanya aku,"akak dah tak keja ni tiap2 hari keluar pergi mana?"Bila aku menjawab aku pergi belajar agama,dengan lebih sinis lagi dia berkata,"maklum la orang nak jadi ustazah!".la, nak jadi ustazah saja ke baru boleh belajar agama?Apa yang paling aku tak tahan ialah keluarga ni terlalu lah kepo(maksud aku busy body).Segala pergerakan kami jadi perhatian mereka.Apa yang kami beli akan jadi komen mereka.Aku beli almari pun dia nak komen, suami aku tukar kereta pun dia komen juga.pendek kata segala2nya aku terpaksa dengar komen2 ala2 jelesnya tu.Yang terbaru dan aku rasa agak melampau ialah bila pukul 1.30 pagi dia bunyikan loceng rumah aku suruh aku alihkkan kereta aku yang suami aku parking belakang kereta dia dilorong depan rumah kami.Malam tu saperti biasa tiap2 hujung minggu semua anak2 aku akan balik kerumah. Parking memang la sesak sikit sebab semua anak2 bawa balik kereta masing2.Alasan nya dia takut orang pecahkan keretanya yang kena blok dengan kereta aku.Kalau pun nak suruh kami ubah, bagi la tau awal2,bukannya pukul 1.30pagi Dan yang paling teruk bila semalam kes yang sama terjadi,waktu magrib dia bunyikan loceng rumah aku lagi suruh buat benda yang sama. nasib baik anak aku belum sembahyang lagi.boleh la pusing satu taman cari parking.Yang paling aku tak boleh terima anak dara dia siap tunjuk kayu hoki kat anak aku sambil berkata"nak aku pecahkan kepala engkau ke?"Bayangkan lah, parking punya pasal sanggup dia nak pechkan kepala orang!Anak dara pula tu.kalau anak bujang aku faham la.Jadi,masih kah aku boleh dan terus bersabar dengan kerenah2 mereka ini disamping setiap hari mereka terus menbuang sisa2 jualan pasar malam mereka kedalam longkang depan rumah?Disini aku teringat satu artikel anak aku yang bertajuk"bersivik kah raayat Malaysia?".

2 comments:

Syafika Syahiza said...

org x berpelajaran n narrow minded mmg mcm tu. kan lg bagus kalau die duduk dkt kampung.

Luahan rasa said...

org kampung pun tak mcm tu.kadang2 peraturan hidup dan sifat kejiranan mereka lbh sempurna dari kita2 yg hidup dibandar ni.