Wednesday, May 5, 2010

Aku Tak Kisah.

Hari ini aku banyak membuang masa didepan komputer ku kerana aku tak dapat buat banyak kerja kerana bekalan air dikawasan perumahan aku terputus.aku membaca blog2 pilihan,melayan bual anak2 diruang facebook dan menulis diblog aku sendiri.Kebetulan pula hari ini aku tak ada kelas dan tak ada kuliah agama yang perlu aku hadiri.
Banyak cerita2 menarik dan banyak juga cerita2 yang menyakitkan hati aku baca.Salah satu cerita yang masih menjadi tanda tanya pada benak ku ialah tentang cerita keluarga diraja Kelantan.Apa sebenarnya yang terjadi dan mengapa harus terjadi begitu? Walau apa pun yang terjadi,aku doakan agar raja dan semua raayat Kelantan akan hidup aman damai dan maju saperti negeri2 lain diMalaysia ini.
Sebenarnya bukan itu tujuan aku menulis catatan ini.Baru sebentar tadi suami aku menyatakan kepada aku,"buat apalah kamu sibuk menulis.Siapa lah yang nak membaca ruangan awak ini".Ya,aku sebenarnya tidak mengharap orang membaca apa yang aku tulis.Aku sekedar suka2 nak tulis untuk meluahkan apa yang ada dihati ini.Sekurang2nya aku dapat melepaskan apa yang terbuku dihati aku melalui tulisan diruangan ku ini.Bila apa yang terbuku dihati ini telah aku luahkan disini,aku rasa lega.Kalau orang tak baca pun aku tak kisah.Bak kata nabil sipelawak tu:"ADA AKU KISAH?

No comments: