Wednesday, May 5, 2010

Aminurashid:Hanya Doa Yang Dapat Aku Berikan.

Hari kehari berita tentang kematian adik Aminulrashid masih hangat diperkatakan.bermacam macam kesimpulan yang dibuat olih perbagai pihak.walau apa pun sebagai seorang ibu,aku memahami perasaan ibu yang kehilangan anak bungsu dalam keluarga itu.
sebagai seorang ibu aku juga memahami bagaimana hubungan seorang ibu dengan anak yang paling kecil dalam keluarga.Sayang pada anak bungsu ini lain sikit kerana mungkin bila anak2 yang lain telah besar dan mempunyai kehidupan sendiri membuat sesaorang ibu itu begitu rapat dengan anak bungsu.Apa2 pun aku cuma dapat berdoa agar ibu amirulrashid tabah dan banyak2 bersabar dalam menghadapi musibah ini.Aku pasti ramai lagi ibu2 diMalaysia ini akan terus mendoakan dia.
Memang agak susah untuk mengawal anak yang baru nak mengenal alam remaja ini.anak aku pun dulu pernah memandu kereta bapanya ketika mana kami semuasedang sedap diulit mimpi malam.Tau2 esok sepasang suami isteri berbangsa Cina datang kerumah memberitahu yang anak bujangku semalam membawa anak daranya( kawan sekelas anak ku) pergi minum2 dekat kedai mamak.Begitulah anak2 remaja hari ini.Walau dipantau macam mana sekali pun,kadang2 terlepas pandang juga.Aku rasa begitu juga lah halnya dengan arwah Amirulrashid.
Aku bukan nak membahaskan siapa betul dan siapa salah.aku juga sebenarnya amat menghormati para polis dinegara ini terutama polis trafik.Sebab itu aku rasa aku satu2 orang yang akan mengangkat tangan pada polis2 yang menjaga lalu lintas setiap kali mendapat perkhidmatan mereka.Tapi perbuatan polis pada malam itu agak keterlaluan.Aku masih tak mahu menyalahkan mereka 100%.Tapi kenyataan ketua polis negara beberapa hari ini memang membuat aku marah. Menyirap darah aku setiap kali dia mengeluarkan kenyataan2 bodohnya itu.Kalau pun nak mempertahankan kakitangannya,fikir2lah sama perasaan keluarga yang sedang berduka itu.Kalau macam inilah sikap seorang pegawai tinggi pasukan polis rasanya eloklah letak jawatan saja dari terus2an menimbulkan banyak kontrovasi pada masyarakat.Sebelum kutukan2 yang makin menyerang diri anda dari masyarakat diMalaysia ini lebih baik berundur.Jangan sampai nama dah semakin busuk baru nak berundur.

No comments: