Saturday, February 27, 2010

Kenangan Mengusik Jiwa.

Sewaktu aku masih dibangku sekolah dulu,aku suka sangat mengumpul kata2 hikmah dari keratan akhbar utusan malaysia.Dan dari masa remaja lagi aku memang suka sangat pada lagu2 hiburan yang bertemakan kesedihan.Antara lagu2 yang aku minati adalah saperti bersedih,keluhan dara,gelombang, hatiku hati jua dan banyak lagi lagu2 yang bertemakan kesedihan dan kekecewaan.Dan antara kata2 hikmah yang aku kutip dari akhbar pula yang paling aku ingat ialah:"Hidup tanpa dugaan adalah satu kehidupan yang mati".

Kadang2 aku pun pelik kenapa aku suka yang sedih2 sedangkan hidup remajaku penuh dengan keceriaan dan bahagia disisi ayah bonda.Disekolah aku menjadi kesayangan guru2 dan dirumah aku menjadi kebanggaan ibu bapa kerana aku ringan tulang dan aku anak yang "dengar kata".


Kini bila aku dah meningkat tua begini,rupa2nya kegemaran diwaktu remajaku menjadi titian hidup yang terpaksa aku harungi sepanjang hidupku.Dugaan demi dugaan,kesedihan demi kesedihan terpaksa aku lalui dan hadapi dari waktu kewaktu.Bermula dengan dugaan hidup berumah tangga dimana ketulusan hatiku dan hati suamiku sering dipergunakan olih pihak2 yang tak bertanggungjawab.Berbelas tahun aku dan anak2ku terpaksa menderita disebabkan seorang pekerja perempuan dipejabat suamiku yang menyihir suami ku dan keluargaku hanya semata mata hendak mengikis duit ringgit suamiku.Bertahun tahun suamiku menjadi asing pada anak isterinya dan aku menjadi bodoh saperti tak tahu nak bertindak mengatasi masaalah itu.Hidup keluargaku menjadi tak keruan sedangkan aku saperti tak tahu nak buat sesuatu sehingga aku sanggup berhenti kerja dari satu syarikat tersohor dinegara ini.

Bila aku berhenti kerja,aku menjadi lebih teruk.Aku terperuk dekat rumah,aku menjauhi kawan2 dan aku rasa aku semakin bodoh hingga aku menjadi gugup tak tahu nak bergaul dengan orang.Perbezaan ini memang ketara kerana dari waktu persekolahan dan waktu bekerja aku seorang yang periang dan aktif dalam segala galanya.Apa yang aku tahu waktu itu ialah menangis dan menangis dengan keaadaan hidupku anak beranak dan dengan cerita2 masyarakat terhadap suamiku.Malangnya aku masih tak tahu untuk bertindak.

Bertahun juga aku menjadi begitu.Aku dah tak peduli dengan diri sendiri,dengan suami dan anak2.Aku sering sakit2 dan lebih parah lagi suami dah tidak memperdulikan aku lagi.Keaadaan ini berterusan sehingga suatu hari aku merasakan tapak kakiku teramat sakit menyucuk nyucuk tatkala aku memijak lantai rumahku.Tidak tahan dengan keperitan itu aku ceritakan pada seorang kawanku yang kebetulan singgah kerumahku sewaktu pulang dari bank yang terletak didepan kawasan rumahku.Dengan pertolongannya satu temujanji dibuat dengan seorang ustaz untuk mengubatiku.Bila tiba hari yang dijanjikan,aku dibawa berjumpa dengan ustaz tersebut.Menjerit jerit aku dikerjakan olih ustaz itu.Malah terkeluar semua cerita yang aku sendiri tak tahu hujung pangkalnya.Setelah selesai semuanya,aku disuruh mandi olih ustaz itu dengan air yang dicampur dengan lada hitam dan limau purut.Aku mengikut saja kerana dah tak tahan menahan sakit.Selepas mandi,sekali lagi ustaz itu membaca sesuatu dikepala dan belakang aku.Bila semuanya telah selesai ustaz itu memberi beberapa ayat2 suci Al Quran untuk aku amalkan.

Sewaktu aku sampai kerumah dari tempat berubat,suamiku telah balik dari kerja.Aku menjadi amat takut bila dia memandangku sekali dan merenung kembali semacam orang kehairanan.Aku yang ketakutan terus naik keatas dan bersiap untuk solat maghrib.Waktu itu aku jadi hairan dengan diri sendiri kerana selama ini aku menjadi begitu malas untuk bersolat dan berzikir.Ini belum masuk waktu lagi aku dah bersedia untuk bersolat.Syukur alhamdulillah, malam itu aku merasakan aku telah menjadi "aku" yang sebelum ini.Aku bersolat,berzikir dan membaca Al Quran serta ayat2 yang diberi olih ustaz tersebut. Malam itu aku merasakan lain sangat.Aku rasa tenang dan aku rasa bersemangat untuk buat sesuatu.

Esoknya aku begitu bersemangat membuat kerja2 rumah.Perasaan malas seolah olah telah hilang dari dalam diri aku. Petang itu kawan yang menemani aku semalam datang dengan beberapa lagi kawan2 yang telah lama aku hindari.Mereka tersenyum2 melihatku.aku jadi hairan dengan senyuman sinis mereka.Sambil minum2, kawan ku bercerita kembali kepada ku apa yang terjadi semalam.Dan yang paling memeranjatkan aku ialah bila mereka berkata wajahku telah kembali keasal.Tidak faham dengan maksud mereka,aku bertanya bagaimana rupaku sebelum ini?Maka kawanku pun berceritalah bla, bla, bla, bla membuat aku terlopong.Sekarang baru aku faham kenapa suamiku merenungku semalam.Mungkin dia juga hairan melihat perubahanku itu.Menurut kawanku aku telah disihir olih perempuan pekerja suami tu itu sehingga aku menjadi buruk pada pandangan suami dan orang lain.Dia juga menyihirkan aku menjadi tak berdaya dan malas supaya menimbulkan kebencian suamiku.Dia juga membuat supaya aku tak tahan tinggal dirumah kami dan keluar meninggalkan suamiku.Dia membuat seolah2 kesemua kesalahan itu berpunca dari aku.Dia mahu bila aku keluar dari rumah meninggalkan suami dan anak2 maka orang akan nampak akulah yang bersalah.

Kegairahan perempuan itu untuk membuat aku keluar dari rumah dengan membuat aku rasa lantai rumahku berduri akhirnya memakan dirinya sendiri.Allah masih menyayangi aku dengan menemukan aku dengan kawanku dan ustaz itu.Aku telah kembali menjadi diriku semula.Selepas itu aku terus berubat dengan ustaz itu untuk memulihkan suamiku pula. tiap2 minggu aku akan berulang alik kebangi berjumpa ustaz itu mengambil air penawar dan ayat2 Al Quran untuk aku amalkan.Dua tahun aku mengamalkan ayat2 suci yang diajarkan kepadaku.Dua tahun juga suamiku aku sajikan dengan air yassin untuk menyucikan segala kekotoran yang diberikan olih perempuan itu melalui makanan yang diberikan kepada suamiku.Syukurlah sekarang suamiku telah pulih.tapi mengikut pesanan ustaz itu,aku tak bolih lalai dari zikr2 yang diajarkan olih ustaz itu kerana perempuan itu tak akan berhenti mencuba untuk menyihir kami lagi.

Itulah antara kisah sedih yang aku alami bertahun tahun dalam menjalaini hidup berumahtangga.Mungkin Allah mahu menyedarkan aku kerana diwaktu muda dulu aku sering lalai dengan tanggungjawab aku kepadaNya.Dengan ujian yang berat itu membuat aku kembali dekat kepadaNya.Syukurlah kerana Dia masih sayangkan aku.................