Friday, May 28, 2010

Bacalah Yasin...

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.


Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.


12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".


13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.


14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/05/bacalah-yasin.html?showComment=1275019506414_AIe9_BHp1i35Rf4-2pXAs_3Dx1IY3VYlxGKzGUShSjPwhrGcPOOujos5IKs0xJOtW0uvjOIwYEOagaP8xNr-CBxNQ3b7fmMXwNxGgLrdKZbvyly8xoV6gfzt2oThsIJg5pvV2foBpBIaP784vKN1kS5huS-HFHfjKG5GLCV9V9_EuWHGZ_I5_uk2jhDeNFMCwSwl_MrbavKMYLYOjIDBNW-hpo7eTtVUtQ#c5639979019132341816#ixzz0pC4Y6Wm2

Sunday, May 23, 2010

KUALI HITAM - Karya Zurinah Hasan

Sebiji kuali hitam
Di dapur kelahiran
Adalah teman ibuku
Siang dan malam

Sebiji kuali hitam
Terjerang diatas tungku adalah penghibur ibu
Ketika kami menunggu

Sebiji kuali hitam
Di atas api siang dan malam
Tahun demi tahun
Kami tidak pernah menghitung

Seorang ibu yang menyayangi sebiji kuali
Sering memeluk kami
Pernahkah kami perhatikan
Matanya yang ditikam serbuk arang
Kulitnya yang dikoyak percikan minyak
Lengannya yang diserap abu hitam
Dahinya yang disengat pucuk api
Kami hanya tahu lena kekenyangan
Ketika kami tidur ibu diketuk ketuk
Oleh lelah dan batuk
Setelah asap dan abu menggaru –garu
Di paru – paru

Kami tidak pernah meyedari
Dan ibu pun tidak peduli
Dia hanya tahu merasa bahagia
Melihat kami keriangan
Menunggu sesuatu akan terhidang
Dan tidak ada yang lebih membahagiakan
Dari melihat kami kekenyangan

Begitulah tahun demi tahun
Kuali yang setia menjalankan tugasnya
Hingga kami dewasa dan hidup di kota

[ 2 ]

kini di dapur rumahku yang bersih
tidak ada kuali hitam yang hodoh
Cuma pada kesempatan
Yang tidak selalu sempat
Aku memasak untuk anak anak
Dengan kuali non – stick
Yang tebal dan mahal
Dan sesudah itu membasuhnya
Dengan sabun lembut
Berhati – hati seperti memandikan bayi
Mengikut arahan pada buku panduan

Suatu hari ibu ke rumahku
Dengan kerajinan yang biasa
Memasak untuk kami sekeluarga
Cucu – cucunya ternyata amat berselera
Dan ibu merasa terlalu bahagia

Dan sesudah itu
Dengan cara yang dia tahu
Mengemas dan merapikan dapurku
Dan seperti yang biasa dibuat
Pada kualinya di kampung
Dia menyental kuali ku yang mahal
Dengan berus yang kesat
Dan spontan aku menjerit
“ibu merosakkan kuali saya
tahukah ibu berapa harganya?”

Ibu terdiam
Barangkali hatinya terguris
Barangakali dia hampir menangis
Melihat wajahku yang bengis

[ 3 ]

Dan kini
Setelah ibu kembali kepada Ilahi
Aku menyesali keterlanjuran
Kiranya aku telah mengukur kasih sayang ibu
Dengan harga sebiji kuali

Dan ibu telah tiada
Kuali hitam tergantung sepi
Di dinding dapur rumah tua
Bolehkah kami menghitung
berapa harganya ?


KHAIRIYAH GHAZALI
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara
P.S. 144, 14007 Bukit Mertajam

Wednesday, May 12, 2010

Saiful ,Saiful.

Semalam dan hari ini membaca lapuran2 perbicaraan Dsai dengan siSaiful dalam kes liwat membuat aku terfikir dan termenung panjang.Banyak perkara yang diberitahu olih siSaiful ketika disoal olih peguam terkenal Karpal Singh.
Paling aku nak gelak ialah bilamana orang yang bertanda didahi(menandakan orang kuat sembahyang) memberitahu dia tak sembahyang dan pergi sembahyang Jumaat tanpa mandi hadas yang sempurna.Dia juga mengaku tidak sembahyang kerana dharurat.Kah kah kah.mengalahkan perempuan la pula.
Dari semalam siSaiful memberitahu dia berjumpa Najib pada 24hb.jumpa pegawai polis malam itu.lepas dua hari buat lapuran polis dia diliwat.Aku rasa budak sekolah rendah pun bolih agak akan jalan cerita drama kali ini.Sekali lagi aku nak tergelak.Kah kah kah.
Hari ini keluar pula nama Musa Hassan la,Mumtaz la dan banyak lagi nama2 yang malas aku nak sebut.Terror sungguh siSaiful ni ya.Main jumpa orang2 besar dan orang2 penting aje sejak mengadu diliwat dan sebelum mengadu diliwat.Esok tak tau apa lagi cerita nak keluar dan tak tau nama siapa lagi yang dia nak sebut.
Apa yang terfikir dibenak aku yang bodoh ni la,kenapa semua orang2 besar tu nak pula jumpa siSaiful ni ye! Setahu aku orang2 besar ni bukan senang2 nak layan raayat2 biasa macam aku ni apatah lagi nak berjumpa dirumah mereka pula tu!Apa istimewanya dia kalau bukan kerana sesuatu rancangan yang telah diatur rapi dan menjadikan siSaiful ini pelakun utama? Hanya orang2 ini dan siSaiful yang bolih jawab persoalan aku ni.Tapi Allah lebih mengetahui.Kalau Allah nak tunjuk,bila2 masa je bolih.
Saiful,Saiful.Aku cuma nak tanya satu soalan je.Tanda didahi kamu tu adakah kamu letak make-up untuk jadi tanda sebagai orang beriman atau kamu telah betul2 bertaubat dan sujud padaNya hingga jadi tanda begitu?Janganlah kamu gadaikan maruah diri demi wang!bagi aku,sekali maruah diri telah hilang,sesungguhnya kita telah hilang seluruh hidup ini.Bila maruah diri hilang,hidup kita tak lebih dari hidup seekor haiwan yang tak berguna.Saiful, Saiful.................



Wednesday, May 5, 2010

Aku Tak Kisah.

Hari ini aku banyak membuang masa didepan komputer ku kerana aku tak dapat buat banyak kerja kerana bekalan air dikawasan perumahan aku terputus.aku membaca blog2 pilihan,melayan bual anak2 diruang facebook dan menulis diblog aku sendiri.Kebetulan pula hari ini aku tak ada kelas dan tak ada kuliah agama yang perlu aku hadiri.
Banyak cerita2 menarik dan banyak juga cerita2 yang menyakitkan hati aku baca.Salah satu cerita yang masih menjadi tanda tanya pada benak ku ialah tentang cerita keluarga diraja Kelantan.Apa sebenarnya yang terjadi dan mengapa harus terjadi begitu? Walau apa pun yang terjadi,aku doakan agar raja dan semua raayat Kelantan akan hidup aman damai dan maju saperti negeri2 lain diMalaysia ini.
Sebenarnya bukan itu tujuan aku menulis catatan ini.Baru sebentar tadi suami aku menyatakan kepada aku,"buat apalah kamu sibuk menulis.Siapa lah yang nak membaca ruangan awak ini".Ya,aku sebenarnya tidak mengharap orang membaca apa yang aku tulis.Aku sekedar suka2 nak tulis untuk meluahkan apa yang ada dihati ini.Sekurang2nya aku dapat melepaskan apa yang terbuku dihati aku melalui tulisan diruangan ku ini.Bila apa yang terbuku dihati ini telah aku luahkan disini,aku rasa lega.Kalau orang tak baca pun aku tak kisah.Bak kata nabil sipelawak tu:"ADA AKU KISAH?
Luahan rasa
Share
wahai masa
betapa ku rindu kemesraan dulu
namun kau tetap pergi dan tak mungkin kembali
tinggalkan aku tertunggu tungu.

wahai angin
kau sejukkan panas pada diri ini
hembusan lembut mu menyegarkan aku
naman hingga kini
aku tetap tak dapat menyentuh dan memeluk mu
aku pasrah dengan ketentuan Ilahi.

wahai air
engkau lah penghilang dahagaku
engkau segarkan tubuhku yang lesu
engkau segarkan pepohon yang hampir layu
engkaulah penyejuk bila marahku berlagu
dan engkau terus setia dengan khidmat mu.

wahai masa
wahai angin
wahai air
kamulah anugerah terindah
buat diriku dari Ilahi
Pencipta Yang Maha Agong
yang tak memerlukan balasan sedikit pun
dari aku hambaMu yang amat daif ini

TERIMA KASIH YA ROBBI.

Aminurashid:Hanya Doa Yang Dapat Aku Berikan.

Hari kehari berita tentang kematian adik Aminulrashid masih hangat diperkatakan.bermacam macam kesimpulan yang dibuat olih perbagai pihak.walau apa pun sebagai seorang ibu,aku memahami perasaan ibu yang kehilangan anak bungsu dalam keluarga itu.
sebagai seorang ibu aku juga memahami bagaimana hubungan seorang ibu dengan anak yang paling kecil dalam keluarga.Sayang pada anak bungsu ini lain sikit kerana mungkin bila anak2 yang lain telah besar dan mempunyai kehidupan sendiri membuat sesaorang ibu itu begitu rapat dengan anak bungsu.Apa2 pun aku cuma dapat berdoa agar ibu amirulrashid tabah dan banyak2 bersabar dalam menghadapi musibah ini.Aku pasti ramai lagi ibu2 diMalaysia ini akan terus mendoakan dia.
Memang agak susah untuk mengawal anak yang baru nak mengenal alam remaja ini.anak aku pun dulu pernah memandu kereta bapanya ketika mana kami semuasedang sedap diulit mimpi malam.Tau2 esok sepasang suami isteri berbangsa Cina datang kerumah memberitahu yang anak bujangku semalam membawa anak daranya( kawan sekelas anak ku) pergi minum2 dekat kedai mamak.Begitulah anak2 remaja hari ini.Walau dipantau macam mana sekali pun,kadang2 terlepas pandang juga.Aku rasa begitu juga lah halnya dengan arwah Amirulrashid.
Aku bukan nak membahaskan siapa betul dan siapa salah.aku juga sebenarnya amat menghormati para polis dinegara ini terutama polis trafik.Sebab itu aku rasa aku satu2 orang yang akan mengangkat tangan pada polis2 yang menjaga lalu lintas setiap kali mendapat perkhidmatan mereka.Tapi perbuatan polis pada malam itu agak keterlaluan.Aku masih tak mahu menyalahkan mereka 100%.Tapi kenyataan ketua polis negara beberapa hari ini memang membuat aku marah. Menyirap darah aku setiap kali dia mengeluarkan kenyataan2 bodohnya itu.Kalau pun nak mempertahankan kakitangannya,fikir2lah sama perasaan keluarga yang sedang berduka itu.Kalau macam inilah sikap seorang pegawai tinggi pasukan polis rasanya eloklah letak jawatan saja dari terus2an menimbulkan banyak kontrovasi pada masyarakat.Sebelum kutukan2 yang makin menyerang diri anda dari masyarakat diMalaysia ini lebih baik berundur.Jangan sampai nama dah semakin busuk baru nak berundur.