Thursday, October 14, 2010

Apa Dah Jadi?

Dua tiga hari ni bila badan rasa tak sihat,rasa malas nak buat apa2 kerja pun.walau pun rumah agak bersepak tapi aku pejam mata je.buat2 tak nampak.ini semua kerana doktor kata aku kena banyak berehat.dan aku pun berehatlah sepuas puasnya.
Dan bila berehat terlalu lama maka bosan pun mula terasa.untuk menghilangkan perasaan itu aku mula layan program sukan yang menayangkan secara live dari India.bosan dengan tv,aku menyelongkar blog2 yang selalu aku ikuti.semuanya aku baca.dari cerita orang kena bunuh,cerita kes rogol,cerita adun meninggal dan banyak lagi topik2 hangat.semuanya aku baca.(sememangnya sekarang ni aku hanya mendapat berita dari blog2 ni aje.dah fed up nak baca surat2 kabar sekarang ni).semua cerita diputar belitkan.
Dalam banyak2 cerita,yang aku rasa paling nak tergelak dan paling nak termuntah ialah bila ada orang yang perasaan jadi Wanita Pertama diMalaysia ni.Apa nak jadi dengan pompuan ni hah?tak ada rasa malu sikit pun.Semua raayat dok gelak kat dia,dia selamba je.Tak malu ke dia dengan DYMM Pemaisuri Agung?Tak malu ke dia dengan seluruh raayat negara ni?Atau memang Allah dah tarik perasaan malu dari dalam diri dia?Kalau dah gila kuasa sekali pun,jangan lah sampai memalukan diri sendiri.Jangan lah jadikan diri sendiri bahan ketawa raayat jelata!
Kah kah kah.memang perempuan satu ni dah gila agaknya.memang muka tak malu.memang gila kuasa.Kesian kat laki dia dapat bini macam ni.

Kalau betul2 sayang.

by Faridah Md Nor on Thursday, 14 October 2010 at 02:19

Suami: Yang,you sayangkan I tak?

Isteri: Tentu lah I sayang,kenapa tanya soalan begini?

Suami: Apa buktinya yang you benar2 sayangkan I?

Isteri: Laa,kan I dah buat apa yang you suka dan I dah buangkan semua perangai yang you tak suka.I masak kegemaran you walau pun I

tak suka masakan tu dan macam2 lagi I buat hanya untuk you rasa gembira.

Suami: Itu I tahu lah.Tapi itu semua tak cukup!

Isteri: You ni... you tak hargai langsung apa yang I buat untuk you.

Suami: I hargai semua tu.Tapi you jangan lah menyiksa I dikemudian hari nanti.

Isteri: I sayang you dunia akhirat,tak kan lah I nak siksa you pula.

Suaimi:Kalau begitu tolong lah,sayangi lah Allah sebelum you menyayangi I.Tunaikan tanggung jawab you kepada Allah sebelum you

tunaikan tanggung jawab you kepada I.Macam tu baru I tak kena seksa diakhirat nanti.

Isteri: (Terdiam sambil terkebil2 memandang suaminya.Dia tersadar diatas segala kelalaiannya terhadap tanggung jawab pertamanya.)

Perlahan lahan dia memegang tangan suaminya sambil berkata,maafkan I sayang.I akan perbaiki kesalahan I.tegur dan bimbing lah

I selalu agar kita sama2 selamat dunia akhirat.

begitulah hendaknya hidup berumah tangga.Saling tegur menegur,bimbing membimbing agar hidup mendapat keredhoan Allah SWT.

· · Share


    • Faridah Md Nor semuga kita sama2 dapat bermuhasabah diri.
      19 minutes ago ·

Tuesday, October 12, 2010

copy dari 26 Melayu Diraja

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Oleh:Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan.

Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah; Kaedah Pertama: Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain.

Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi. Kaedah Kedua: Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Pencegahan Awal Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90%ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini.

Doa tersebut adalah seperti berikut;

Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini;

Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.

Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.

Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.

Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan. Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar.

Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar di bentuk ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan.

Mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara maksiat. Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah.

0 comments:

DANA KOMPLEKS PAS PANGKOR... JOM INFAQ !

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”

Platun U.C.I.S. sek satu

BICARA BERLALU