Saturday, February 12, 2011

Saperti Bulan.

Saperti bulan
ada masa ia bulat penuh
cahayanya terang diseluruh bumi
ada masa bulatnya hanya separuh
tapi tetap bercahaya
tetap menerangi bumi yang gelap
dan ada ketika
bulatnya tak sampai separuh
tapi masih bercahaya dikejauhan bumi
begitulah hidup ini
walau apa yang terjadi
ia mahu menerangi hidup yang lain
mahu memberi harapan
agar yang lain teguh berdiri
agar yang lain tidak tumbang berputus asa
walau penat walau lelah
ia mahu terus berbakti
melihat yang lain gembira
melihat yang lain bahagia
ia akan terus berbakti
saperti bulan.........

No comments: